Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan jenayah terbaru kumpulan pengganas Salafi yang membongkar makam dan melarikan jasad sahabat nabi Hujur bin Adi, salah seorang marji' taqlid Syiah di kota Qom telah mengeluarkan kenyataannya.
Ayatullah al-Uzma Haji Syeikh Jaafar Subhani dalam kenyataan ini mengutuk keras tindakan tersebut sambil meminta negara-negara Islam dan ulama mengerahkan umat Islam untuk bertindak agar golongan pelampau ini tidak mengulangi tindakan tersebut.
Teks terjemahan kenyataan beliau adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha PenyayangAllah (s.w.t) berfirman:Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".Kita mendapat berita bahawa anggota salah satu kumpulan Wahabi, takfiri dan mereka yang tidak mengakui penghormatan kepada Allah, Nabi (s.a.w) dan para sahabat baginda, telah pun melakukan tindakan melampaui batas terhadap makam sahabat Hujur bin Adi disamping menggali tempat ini. Aksi ini jelas tergolong sebagai pencabulan terhadap simbol suci Islam.Kami meminta para ulama di semua negara Dunia Islam agar bangkit menentang penjenayah-penjenayah ini. Ketika para penjenayah ini mendakwa kononnya mereka berusaha meninggikan kalimah tauhid, memerangi syirik dan membela para sahabat, namun secara praktikalnya mereka sendiri telah berlaku biadab dengan melanggar penghormatan dan kemuliaan Nabi (s.a.w) serta para sahabat baginda.Jenayah yang telah terjadi ini merupakan tindakan berbahaya, di mana tindakan yang lebih bahaya yang lain bakal menyusul (semoga Allah tidak mengizinkannya). Oleh itu negara-negara Islam, para ulama, imam solat Jumaat dan jemaah mempunyai kewajipan untuk mengerahkan umat bagi memerangi gelombang bahaya ini.Kita kepunyaan Allah, dan kepadaNyalah kita kembaliJaafar Subhani22 Jamadil Akhir3 Mei 2013